Alhamdulillah guys this is my daughter Alisa Maisara Binti Mohamad Hafizuddin.
Hari ini umur nya 49 hari. Dah nak masuk dua bulan. Banyak akal baru dah si Maisara ni.
Dia suka menyelit ketiak ibu, tidur berkepit, tidur atas dada, berpangku. Biasanya dia nyelit utk bg dia lena sekejap. Mula-mula rasa mcm Ya tuhannnn jenuh lah mcmni nak merap je. Tapi bila fikir balik, Maisara ni ada dgn ibu entah sampai 4-5 tahun je.
Nanti dah sekolah tak ada menyelit ibu. Entah-entah tak sampai setahun bila dah reti main sendiri / merangkak / berjalan, dah taknak nyelit ketiak ibu.
Entah-entah esok lusa ibu tak ada. Jadi sejak hari tu, menyelitlah dgn ibu puas-puas! ♥️
Suka senyum, suka ajak bersembang. Biasanya dia akan bangun tidur waktu Subuh. Subuh-subuh dia mesti akan senyum. Kita ajak borak sikit-sikit dia akan senyum je.
Waktu kedua, petang sebelum mandi. Borak lah apa-apa pun dgn dia, dia senyummmmm je.
Waktu ketiga, waktu baru lepas menyusu πΌ, perut kenyang jadi dia senyummmmm je.
Maisara suka mandi πΏ
Suka orang belek-belek badan dia (pakaikan bedak, sapukan lotion semua)
Dia akan diam- berkerut- fokus. Jadi kerja ibu senang nak dandan dia.
Maisara daripada baru lahir, memang ibu dah start dengan botol susu. Tapi! Sejak seminggu dua ni, dia tak mahu. Daripada Avent ke Tommee Tippee ke botol biasa pun dia tak mahu. Menangis-nangis dia bila kita suap dgn botol.
Conclusion, fully-direct-bf la dia sekarang. Guys doakan lah Ibu dimurahkan rezeki susunya. Amiin π
Tidur. π€ Alhamdulillah, tidur malam nya semakin teratur. Dia bangun dlm dua kali shj. Ada hari taknak bangun langsung sampai kita yg kena kejut dia untuk bangun minum sekejap. Tu pun dia minum dlm keadaan mamai- mata pejam.
You know guys!
At first rasa stress sangat waktu pantang sebab kita ni banyak sgt masalah waktu berpantang. Jarang sgt uruskan baby sebab sakit mcm2 sakit waktu tu π thank God mak ada. Kurang sikit beban.
Lama-lama, kita dah sihat, dah mula close to baby, rasa mcm wonderful nya!
Kadang-kadang rasa macam tengok diri sendiri. Bila berborak dgn anak, rasa macam suatu hari nanti, dia lah kawan berborak ibu sampai bebila π
Eeei Ibu sayang lah dia!
Cepat besar sayang! Sihat selalu! πΉ