Hi guys! Assalamualaikum!
Hari ini rasa nak tulis pengalaman tentang solat di tempat kerja memandangkan baru-baru ni viral kes majikan di sebuah syarikat melarang staff untuk solat ketika waktu bekerja.
Sebelum mengulas lebih panjang lagi, saya rasanya nak bercerita pengalaman bekerja/tak jadi bekerja di dua buah syarikat ni.
Sebenarnya masih ada majikan yang melarang staff solat.
Sekitar tahun 2015, saya cari peluang pekerjaan dekat dengan rumah mak dan ayah.
Alhamdulillah, satu company owned by non-muslim (bidang manufacturing) panggil interview untuk jawatan Account Officer. Lupa nama company.
So, selesai interview, Alhamdulillah diterima bekerja.
Sewaktu job review, the supervisor terangkan job scope / salary semua.
And masuk part waktu rehat, the supervisor tanya saya, "Awak solat?"
Eh saya balas Of Course.
Dia kata "Boleh kah kalau awak tak solat disini?"
Maka saya tanya dia kenapa tak boleh solat disini?
1st Reason : "We didnt have place to Solat here"
Saya jawab No problem I can solat in the pantry or the meeting room (sambil tengok meeting room yang luas boleh muat 15 orang solat rasanya)
2nd Reason (berdalih dah ni) : "Our Rehat is only 1 hour. Solat boleh kacau waktu kerja / rehat"
Tak nak cakap banyak, dengan rela hati saya reject offer tersebut.
Kemudian the supervisor (non-muslim) call balik dua-tiga kali untuk pujuk supaya terima offer tu. Kali ini ayat pujuk dia ialah dia suruh saya Qadha solat. Katanya "Staffs staffs disini pun buat begitu. Mereka ganti solat selepas pulang ke rumah" π€¦π»♀️ omg.
Saya ni bukanlah baik sangat orangnya. Tapi, Qadha hari-hari tu satu jawapan yang susahnya nak dipercayai.
Kau solat dua rakaat pun berat, ini kan pula nak buat 8 rakaat (selepas balik penat bekerja pula tu)
At the other side-----
Pekerjaan pertama saya di sebuah Syarikat kewangan sebagai Financial Analyst. Majikannya bukan Malaysian. Dari Sweden if I not mistaken. Office tu menumpang di sebuah wisma yang tak menyediakan surau.
Dalam office tu, 70% Muslims.
Kami semua solat di ruang tepi tangga. Tangga tu memang tak ada sesiapa lalu. Siap bentang tikar. Alhamdulillah majikan tak ada banyak hal. Majikan daripada Sweden pun boleh respect agama yang lain.
Setiap hari Jumaat, bila beliau nak belanja staff makan, beliau akan tunggu staff Muslim lelaki balik dari solat Jumaat.
Tapi, macamni lah.
Bila majikan kita dah bagi kepercayaan kepada kita supaya guna waktu rehat untuk rehat- makan- solat, maka buat jelah itu shj. Mungkin yang buatkan majikan berang, waktu solat tapi satu jam habis dengan merokok- lepak- dating.
Bila majikan melarang solat, mulalah masing-masing tiba-tiba panas badan jadi alim. Walhal salah kita juga sebenarnya.
Lets not blame others for our shortcomings / wrongdoings. (Untuk diri sendiri jugak π€£)
*psst! formal sikit ayat iolls harini*