Alhamdulillah kali ni post agak menggembirakan. Kalini iolls dapat offer melanjutkan pengajian separuh masa di UiTM Shah Alam. Ni share sikit kegembiraan :-
Tapi biasalah, Yan mana reti buat keputusan. Ini pun masih keliru.
Tak dapat rasa sedih, tapi dah dapat rupanya lagi sedih dan membebankan. Sejam selepas aku tahu aku berjaya dapat offer ni, bukannya aku gembira, aku malah menangis dekat dapur keseorangan.
Nak sangat cerita, luahkan pada orang-orang terdekat, tapi tak patut. Thats why lah tajuk post ni nak ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Aku patutnya insan paling gembira sebab dapat peluang macamni, tapi ada kata-kata meruntuhkan semangat aku terpaksa dengar. Tak perlu lah ye nak cerita apa kata-kata tu. Tapi apa yg pasti, sesiapa yang dengar kata-kata tu, pasti akan menangis dan kecewa seminggu hari non-stop.
Ramai yang kata, PERGI YAN.
Insya-Allah mungkin ini bukan rezeki aku. Mohon redha.
Ada yang kata aku macam-macam. Apa dia?
Kurang motivasi.
Tak bersyukur dgn apa yang dah ada sekarang.
Menyusahkan.
Tak kuat.
Mungkin aku tak kuat macam youalls youalls yang cakap tu kot. Tapi yang penting cuba awak duduk dalam tempat Yan, hidup dalam keluarga dia, hidup dalam persekitaran keluarga dia, hidup dalam perasaan yang sangat banyak perlu dijaga, aku pasti kau akan rasa apa aku rasa.
Nie, saya yg hadap hidup ni 1993 sampai 2015. Kalau awak yang baru kenal saya tak sampai sepuluh tahun nak cakap macamtu, nak kata bukan-bukan. Entahlah, mohon faham situasi orang.
Sekian terima kasih. Assalamualaikum.