MUET
Harini 10 February 2015, pertama kali dalam sejarah kehidupan ambil test sebagai calon persendirian. Fuh! Mula-mula tu memang cuak. Ye lah, speaking test.
"Apa nak cakap"
"Macamana kalau dapat group yang kurang aktif bercakap?"
"Macamana kalau terlebih masa bercakap?"
Dan pelbagai lagi persoalan dan kecuakan di minda.
Aku menduduki test speaking Malaysia University English Test (MUET) di SMK Sultan Yussof *sekolah sekejap dulu waktu form six sebelum berhijrah ke Polinilai
OK aku datang menaiki kereta iswara buruk ku hehe jam 7:35 pagi dan terus ke library sebab tempat ujian dia di situ. Tak ramai lah. Dalam 18 orang. 3 daripadanya ialah Chinese.
Bila dah masuk tempat ujian mcm dah kurang sikit rasa sakit perut dan sebagainya. Dalam kepala waktu tu cuma "cepat, habiskan semua ni!" hehehe. Biasalah di tempat orang kita berkenalan dengan orang baru. Aku berkenalan dengan dua orang lah. Satu nya daripada UiTM Seri Iskandar. Kata adik manis tu "kita taktau kak ada muet ke tak kat uitm".
*Oh mulalah aku berfikir, adik aku belajar di Uitm, agaknya dia pun kena ambil test kat luar ke? Oh somebody from UiTM read my post please im begging for pencerahan.*
And the other one is from USIM Nilai. Dia menduduki test MUET buat kali kedua sebagai syarat dia nak graduate katanya. Kat USIM katanya nak Band 3 untuk graduate.
OK. The test OK. Individual test (Task A) OK. Soalan pun senang. *i dont know if i can reveal the question here*
Individual test ni diberi masa 2 minit to speak about the topic given. Dan aku kurang 2 minit mungkin sebab terlalu fluent dan terlalu excited nak cakap laju-laju. Hahaha.
Tapi semua OK sebab aku tengok muka kedua-dua examiners nampak impress dan tersenyum bila aku speak kehkehkeh.
Yang aku tak berapa berpuas hati ialah Task B iaitu Group Discussion. Kenapa?
Oh my God, memang lah satu faktor perbincangan tu gagal berjalan dengan lancar sebab kita tak kenal dengan diorang. Dan sebab kedua ialah mereka agak kurang fluent cakap English. Candidate C agak diam dalam seminit dua. Bila dia mendiamkan diri, aku sahajalah yang kena interrupt dengan hujah yang konon mantap. Haha.
The opening of discussion was made by Candidate A dan I am the one who close the discussion. Hehe. Semoga baik-baik lah keputusannya. Amiin
UPU
Bila dah ambil MUET dengan gagahnya bersendirian mestilah ada niat nak masuk universiti sambung degree. Maka malam ini aku terus apply. Kehkeh. Mungkin rezeki agak tak berapa luas memandangkan banyak lagi calon lain yang hebat dan dapat band yang tinggi dalam MUET, tapi tak apalah, i try. Hehe.
Waktu apply ni mesti pasrah memang nak elak dari study banking, finance dan sengkatan dengannya. Tapi takkan lah belajar diploma kewangan dan perbankan tiba-tiba masuk degree nak ambil seni visual. Apa tersasar sangat. Hehe.
Mohon UPU ni bukanlah apa, cuma rasa nak belajar. Memang aku tak ada minat nak bekerja ni. Otak aku fikir nak pegang buku dan tekan kalkulator je ni. Haha.
OK lah, nanti melambung bil cyber cafe i ni. Haha saya tak ada wifi kat rumah kena pergi CC nak post hehe. Bye alls.