Suatu hari kalau engkau dah berjaya,
jangan lupakan kakakmu yang seorang ini.
Aku mungkin sangat panas baran, mengamuk tiba-tiba, marah tak semena, semua bagai tak kena, ada sahaja nak ku complain. Tapi aku KAKAK.
Aku tak boleh tunjuk manja mengada-ngada sedangkan adikku bukan seorang yang manja.
Aku KAKAK.
Aku belum berkerjaya apalagi mampu memberi kau keperluan yang cukup. Duit poket mu belum mampu aku beri.
Aku cuba korbankan suku pinjaman PTPTN, agar kau dapat merasa apa yang aku rasa ; memandu kereta dengan lesen.
Alhamdulillah, sekarang dah boleh menyusur di atas jalanraya. Aku tumpang lega duduk bersandar di belakang.
Aku KAKAK. Seboleh sedaya seupaya aku cuba.
Tiap kali aku keluar, walaupun apa aku makan, aku bawakan untuk mu sedikit apabila pulang ke rumah. Aku tak mahu dikala aku seronok menjamu makanan enak dirumah, adik di rumah tak dapat merasa apa yang aku rasa ketika diluar.
Walau makanan seringgit dua, mahupun berbaki sepotong dua, aku bawakan pulang. Cukuplah, kamu rasa.
Hari ini aku rasa lelah penat. Aku ibarat bapa. Aku seolah-olah tidak dapat merasa lagi kedua kakiku ; cramp.
Ku bawa kau kehulu kehilir.
Kemana sahaja asalkan urusan mu selesai.
Ku harungi berapa bahaya tak terhitung, kepenatan yang semalam tak tertanggung ditambah satu lagi. Satu lagi. Dan lagi.
Tak apa. Aku mengeluh bukan kerana aku penat menguruskan kamu. Tubuh kecilku penat.
Ditambah badan tidaklah sihat, ubat disapu setiap malam, makan segala tidak kena. Tapi aku baik-baik.
Hanya untuk membawa kamu ke menara gading.
Khas untuk ;
adik