Aku sabar, aku berubah

Betul, semua berubah. Aku jadi lebih sabar sekarang.

Aku faham karier tentera. Dengan kursusnya, kurang masa untuk kita, cuti yang takde langsung. Aku cuba faham, aku cuba faham.

Aku gagahkan hatiku enam bulan dia training kat PUSASDA. Teruk waktu tu. SubhanAllah, aku hilang tempat bergantung, aku hilang tempat bercerita. Enam bulan tanpa berhubung langsung. Yang ada cuma surat. Sunyi. Sekalipun ada kawan-kawan lelaki, aku fikir "tak sama dengan Budin"

Habes rekrut, terus di pindahkan ke unit baru. Cuti dua minggu. Cuti tu lah kami manfaatkan sepenuhnya. Dan waktu cuti kelmarin lah membuatkan aku dan dia berbincang soal perkahwinan. Ya Allah, mudahkan urusan jodoh kami.

Aku masih dapat membayangkan setiap hari dia menemui ku, tiap hari itu juga airmata mengalir. Ya Rabb, aku belum pernah menangis menyusahkan hatinya. Dia tenang, dia cuma memberi bahu nya, biarlah berapa liter airmata mengalir. "jgn menangis syg"

Kau tak faham betapa sepi hatiku, sendirian menempuh cabaran, mengejar matlamat kita.

Aku rasa beratnya menanggung rindu yg dah tentu tentu tak menjanjikan pahala. Aku membayangkan bagaimana aku mengecap pahala tiap kali aku menghadiahkan senyuman padanya. Aku membayangkan bagaimana indahnya itu perkahwinan. Kerana aku mula sedar, aku patut mengejar pahala Ilahi, mengejar redhaNya, menjalankan hubungan halal.

MasyaAllah, dugaan nya berat.
Saat aku memikir tentang perkahwinan, pernikahan, dan saat Budin berkali-kali melamarku, menjemputku mengiringnya ke alam perkahwinan, aku sesak. Aku dihalang oleh persepsi orang ramai.

"tu tu kawen awal tu kenape tu? Terlanjur agknya"

"baru habis belajar nak kahwin, jasa mak bapak belum terhabis bayar"

Ya Allah, apa patut aku hiraukan kata kata sekeliling?
Aku mengejar syurga, aku mengejar penghijrahan. Bantu aku, Ya Allah.
Sampai bila aku harus berada dalam cinta yg sudah terang tak halal, sampai bila aku harus menghabiskan wang ringgit dan harta Budin sedangkan aku bukanlah tunangnya, apatah lagi isterinya.

Aku yakin jalanku benar, aku yakin Tuhan ku itu ada, mendengar betapa aku meratap mahu menuju ke jalan taubat yg tak semua berjaya pergi.

Wahai umat Islam akhir zaman, celikkan mata. Kita hidup bukan kerana kerjaya, kereta, rumah banglo berlantaikan permata, bukan kerana PhD anak anak untuk hiasan dinding rumah.

Berhentilah berfikiran negatif. Kasihan kan kami yg mahu berhijrah, kasihankan kami yg mahu mengejar hubungan halal. :(

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon