Bicara hati seorang tentera

Semalam, panggilan demi panggilan dgn Budin. Call semalam lah call paling lama sejak setahun berlalu. Mcm-mcm dibincangkan sampaikan kedua-dua kami menangis akhirnya.

Mulanya, katanya dia nak balik.
"Nak balik Nak balik"


Awal perbualan, ceria. Cerita pasal keluarga. Katanya, dia rindu Syamim dgn Abina. Ingatkan duduk kat dalam dia lupa semua, dia ingat. Dia ingat Syamim lg.

Sikit sikit, kami sembang pasal kahwin. Katanya "nanti kalau dpt kat Sabah, kita kahwin tau"
Tp mak tak bg. Mak suruh kerja. 
Dia jwb
"nanti b cakap dgn mak"
Duet ade ke?
"ATM bekukan duit enam bulan ni 8k. Nanti kerja dua tiga bulan, kita kahwin"
Awal lagi lah.
"B nak bwk ikut pergi Sabah, jaga kite kat sana, teman kita"

Aku tak tahu. Mungkin benda ni terlalu rumit nak dirancang. Melibatkan soal fikiran, perasaan, ibubapa. Semoga Allah berikan aku petunjuk, tunjukkan aku jalan jodoh yang betul.


Boleh kata enam bulan kat sana, dia semakin gatal dan miang nak berkahwin. --"


Dia nak pakai baju istiadat waktu kahwin, dia nak upah orang pegang pedang waktu wedding. 
Katanya "tu kan impian ayg"
Aku senyum je. 
Mmg aku pernah cakap mcmtu.



Akhir-akhir call, dia menangis tiba-tiba
"Janganlah menangis" aku pujuk 
Dia teresak-esak mcm sedih sangat. Waktu tu aku rasa fizikal dia kuat sbg askar, tp hatinya masih lembut mcm dulu.


Sambil menangis dia kata,
"B korbankan masa remaja utk ayg. Sbb sedar masa remaja dah habis"
"B sakit kat sini, b tahan sbb ini pilihan terakhir utk buat ayg senyum"


Aku tahan sebak. Taknak bagi dia dengar aku menangis.

"Terima Kasih" tu jelah aku mampu cakap. Aku tak pernah lah pandai pujuk dia. Aku nak pujuk semalam, nak tenangkan hati dia. Tapi, tak tahu macamana.


Akhir tu lah yang menyedihkan.
Perlahan-lahan aku lembutkan hati yang dr tahun lepas keras utk dia.



Dulu,
Aku marah-marah. Dia diam.
Aku tak pernah cuba pujuk dia bila dia kadang-kadang merajuk. Aku biarkan dia tenangkan diri sendiri sedangkan dia terlalu berusaha, berhabis banyak cuma utk memujuk aku.

Aku tak pernah hadiahkan dia apa-apa walaupun dah tiga kali birthday dia kami berkawan sedangkan birthday pertama ku dihadiahkan dua utas rantai emas dan silver, birthday kedua ku Pizza Hut bersama pakej jalan-jalan di Melaka. Birthday tahun lepas, baru aku rasa sunyi. :(
Aku tak pernah hadiahkan apa-apa setiap anniversary kami sedangkan setiap tahun dia beri ku cincin. Sekarang je dah tiga cincin dr dia.
Aku tak pernah dgr masalah dia, sakit dia sedangkan dia tahu sakit sihat aku walaupun aku tahu dia selalu sakit-sakit lebih dr aku. Aku tak peduli. Aku cuma marah-marah suruh dia pergi klinik. Aku tak faham, dia perlukan penyokong, penenang, pengubat yang boleh mengubat dia sbg mana dia mengubatkan aku, menadah muntah ku, menjaga ku semalaman bila aku demam.


Aku tak pernah cakap aku sayang pada dia sejak tahun lepas. 
Semalam baru aku cakap aku sayang dia bila aku tersedar, 
Dimana lagi boleh aku cari lelaki yang sanggup korban kan masa remaja nya utk ku?







I love you :)


Hero dah nak balik


Terima kasih kepada Kak Long kesayanganku, Samsinar Binti Muhamad kerana menghantar gambar adinda kesayangan nya, Mohamad Hafizuddin Bin Muhamad untuk tatapan diriku. Hehe

Bukak je whatsapp aku terus menjerit-jerit. Almaklumlah, lama tak tengok hero yang sorang ni.


Tak berubah, senyuman nya masih sama, tangan masih tak boleh straight bila amek gambar. Tapi bertambah gemuk sikit. Nampak sixpack dia. Bahu pun dh lebar. Dulu mcm kering kontang haa. Haha. 

Pejam celik pejam celik lagi 20 hari hero keluarga ni nak keluar dari rekrut. Dan, otak aku mula memikirkan suprise apa nak dibuat ni. 


Cepatlah balik. Syamim dgn Abina suruh belikan pistol untuk diorang. Hehe. 
Cepatlah balik, ni Yann ni dah belajar buat laksa Penang kegemaran awak.




"Bila nak kahwin?"


Memandangkan ramai rakan taulan dah tunang, dah kahwin, maka dengan itu, makcik-makcik taman pun mula mengutarakan soalan "Bila nak kahwin ni ha?"

Hujung minggu lepas, kami pergi ke majlis perkahwinan rakan sebaya kami, beza setahun tua dari kami dah berkahwin. Majliss haritu berjalan dengan lancar. Sebelum pergi majlis tu, kami sempat pergi ke majlis pertunangan sorang lagi kawan. Kawan Ain sebenarnya, tp kawan aku dengan Tira jugak lah kan.. Haha.

Apa-apa pun tahniah kepada Aten dan Nurul. Semoga ikatan pertunangan dan perkahwinan kedua-duanya berkekalan ke akhir hayat. Amiin.


"Pagi-pagi tunjuk gigi"


"Nak masuk ke taknak? Aku nak bergambar atas pelamin tu"


"Tangkap gambar aku jap Ain"





TAHNIAH ATEN.



"Tudiaaa kenduri kahwin"


"Aku taktahu nak buat muka ape ni"



"Ini coming soon"


"Haaa aku buat muka model jap"






"Tira dulu, pastu Yann, pastu baru Ain"




 
yann♥ Blog Design by Ipietoon