Result ohh Result

Ha harini (21 Nov) semua pelajar politeknik seMalaysia sibuk cek result. Ada yg berkabung, ada yg bersyukur dan bergembira dan ada juga yg terus off phone sebab nak mengelak dari disoal tentang result.

Macamana result si penulis?
Haha no komen k. Hanya kerana satu subjek rosak result sebelanga. Haha

Aku tak sangka actually. Sbb subjek akaun lah PB paling highest. Tapi takpela, syukur tak ada repeat bagai. Tebal muka kalau repeat huii. -.-"

Setelah aku membuat kajian, antara faktor kejatuhan aku :-
1. Banyak teori dan aku tak suka membaca
2. Banyak projek yg dijalankan sepanjang sem.
3. Aktiviti yg mengehadkan masa study
4. Aku kurang daya menghafal
5. Adanya handphone berpaksikan android
6. Tiada tumpuan dalam kelas
7. Terlalu yakin
8. Hafal dan baca last minute
9. Langsung tak buat nota

Nah! Amekaw! Haha

Apa apa pun Yan. Tahniah sbb lulus walaupun tak cemerlang. Dan kepada pelajar politeknik yg berjaya cemerlang, TAHNIAH dari saya, penulis yg comel. Hiks^^

Dan kepada yg gagal, ambillah sebagai iktibar. Gagal ni semua dunia ni dunia.

Assalamualaikum, move on and get a life.

Ilham tajuk research, please?


Alahai, tolonglah hambaMu ini Ya Allah. Aku pening nak pilih tajuk apa research ni.

Mula-mula aku nak buat tajuk pasal Amanah Saham Nasional Berhad. Tapi dalam skop Perbankan Islam, manalah disokong pelaburan dalam ASNB ni. Gharar katanya. Haih. Aku pun tak tahu nak back up apa kat ASNB ni. Sekarang ni aku dah kering kontang idea. Nak buat tajuk apa? Tajuk apa? OMG

Ada kawan dah bagi contoh tajuk research, banyak list situ, tapi semua tak masuk otak aku. Rasa susah nya tajuk-tajuk yang dia bagi tu. 

Tension arghh arghh



Ehh? Yann kerja lagi sem break ni. Haha


Assalamualaikum wahai blog kesayangan yg dah berhabuk. 
*pheww! Tiup sikit habuk
**************************

Cuti sem ni duduk rumah mana lah nak ada line wifi. Kalau poli merata wifi dia. Hiks. All right, boleh aku mulakan post pertama ku dgn pengalaman aku bekerja?


Haha mesti korang teruja and tertanya,
 "Wah, dah kerja ke?" 
"Kerja kat mana?"
"Kenapa kena kerja? Kat tgh belajar lg"


OK. Korang pun tahu kan macamana bosan nya cuti memerap dalam rumah makan tidur makan tidur je. Lepastu nak carik duet topup pun susah. Yelah, kat rumah tak ada wifi, so kena beli pass internet RM2 sehari. Hehe.

Kebetulan hari Rabu lepas, kawan aku, Aiman ajak ikut dia katering dekat UTAR, Kampar. Katanya ada event. Aku pun ON jelah, aku ajak Athirah sbb Aiman kata, ajak lagi reramai. And Athirah ajak dua org kengkawan dia dr Tapah. Bebudak PUO lah, Intan dan Yana.

OK. Petang Jumaat (8 Nov), Aiman ambil aku siap packing brg semua sbb kena duduk kat homestay katanya.

Sampai je kat UTAR, aku terkejut
*gila banyak nya khemah, banyaknya meja makan, penat aku ni*

Serious talk, memang besar event tu. Bos kami kata 3,000 orang bakal dtg makan. Telan air liur aku. Gulpp! 


Malam tu kami cuma bentang alas meja, dan kira ada berapa meja. Haha adalah dlm 100++ meja.
Dan, tempat yg kami nak tinggal bukanlah homestay seperti yg diwarwarkan. Tumpang rumah kawan bos caterer tu, kecik rumahnya. Tidur atas lantai, mandi beratur, iron baju pun beratur. Tapi kakak tuan rumah tu baik. Sebelum kami nak pergi kerja, dia siapkan breakfast kentang goreng dan roti. Auww! So suweet.


OK. Makan Pagi.
Event makan pagi haritu memang kelam kabut. Pihak U memaksa memarah tak tentu pasal. Dahlah budak laki dtg lewat. Kami yg perempuan yg kena angkat lauk sambal ikan bilis sampai kotor baju. Nasib baik akhirnya diberi vest. Takdelah kotor sgt. Penat, mmg penat ulang alik angkat tray lauk. Dahlah tempat tu besar dia mcm padang bola sepak. Budak catering 30 orang nak layan 3,000+++ orang. Woahhh



Lunch
Waktu lunch tu mula-2, aku tolong Aiman buat air sunquick bergelen2. Lepastu diarah cuci bekas air, tray lauk sbb nak guna utk lunch. Tahu tak apa yg buat aku rasa nak menangis?


Kat sana tak ada paip air. Jadik, aku gunakan air dlm tempayan utk basuh pinggan dibawah panas terik jam12 tengahari. Dgn desakan bos supaya cepat sbb diorang nak serve makanan, aku cuci laju2 smp tercalar2 jari. 
Waktu aku basuh pinggan mangkuk, budak2 pempuan sekolah yg ikut katering tu syok lepak bawah khemah bergelak ketawa. Pehh, time tu aku memang rasa nak baling tray lauk tu kat kepala budak-2 tu.



Makan Petang
Sebelum serve makan petang,kami kena clearkan meja lunch td. Pastikan takde lauk dah, pastu kutip semua sampah. Besar padang OK sila anda bayangkan. Waktu aku kemas-2 tu, ada yg makan tak habis lah, membazir kudrat aku je angkat lauk, tp tak dimakan pun. Haha.

Dlm pukul 4 ptg baru dpt makan. Itupun makan sisa org yg lunch tadi. Mmg seciput jelah aku makan. Dr pagi pukul7 sampai petang minum air mineral Cactus je. Boleh pengsan tahuuuu. Syukur aku selamat.
Habis je makan, terus shoot serve makan petang dr satu kaunter ke kaunter. Yg budak2 lelaki byk yg dah surrender melepak. Dah petang, penat dan malas mungkin.
Dah habis makan petang, semua kena kemas susun balik. Dan, hujan lebat turun. Mandi hujan lah jawabnya. Pukul6 baru habis semua, pastu amek barang kat rumah kakak tadi tu, dan ambik gaji. Dpt RM70. Mmg mengeluh waktu tu tak puas hati sbb tiga kali makan dgn beribu orang dpt RM70. Tp itu yg dapat. Bersyukurlah drpd tak bagi langsung kann?


Tp aku nak bgtau, salah seorang bos tu memang gatal semacam. Dia boleh sentuh kepala aku. WTF! Aku mcm terkejut waktu tu. Lepastu bila nak suruh buat kerja, dia akan panggil 'sayang'. Ohhh maigadddd
Dan balik tu, Aiman hantar. Aku, Athirah, Aidil dan sorg budak ada dlm kereta. Semua dlm kereta tidur. Aiman yg drive jelah berjaga. Tu pun mata dah mengantuk dah agaknya tu.
************************************

Sampai sekarang, kaki tangan aku mcm nak patah. Subhanallah, mmg susah nak carik rezeki.




 
yann♥ Blog Design by Ipietoon